Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Sunday, January 23, 2011

TAkut seorg Wanita!!

Disebuah daerah ada seorang lelaki yang jatuh hati dengan seorang wanita yang selalu ditemui apabila wanita itu

keluar dari rumahnya menguruskan keperluan harian.Pada suatu hari seperti biasa wanita itu keluar dari rumahnya

dan melalui jalan yang sama bagi menuju ke tempat yang dikehendaki .Lelaki yang sering menunggu kehadiran wanita

berasa gembira apabila melihat wanita itu lalu mengekorinya dari belakang.



Apabila tiba didaerah yang sunyi kerana pada masa itu malam, orang yang tinggal didaerah itu kebanyakkannya sudah tidur

kerana rumah mereka kelihatan gelap gelita.Lelaki yang sejak pagi tadi mengekori wanita itu menahannya dan memandang wajah wanita yang menjadi pujaan hatinya. Lelaki itu pun berkata,'saya ingin bersama dengan saudari. Adakah saudari sudi?."



Wanita itu terperanjat dengan pertnyaan lelaki itu dengan tenang menjawab ,' saudara lihat dahulu disekeliling kawasan ini, adakah semua orang kampung sudah tidur?"



Lelaki itu yang menyangka waqnita itu sudah memberi persetujuan dengan hajatnya itu, berasa gembira, Dia pun meninjau sekeliling kawasan kampung itu bagi memastikan semua penduduk kampung sudah tidur, Apabila dia rasa selamat kerana semua pendudk sudah tidur, lelaki itu pun mendekati wanita itu dan berkata dengan nada ceria,"saya yakin semua orang kampung sudah tidur."



Wanita memandang lelaki yang berdiri dihadapannya dann berkata dengan nada perlahan,"Apakah pandangan saudara dengan Allah?Adakah pada masa ini Allah sedang tidur?."



Lelaki itu terperanjat dengan pertanyaan itu lalu berkata dengan suara yang lemah,"Sesungguhnya Allah pencipta makhluknya tidak pernah tidur."



Apabila mendengar jawapan daripada lelaki itu, wanita itu berkata,"Sesungguhnya Allah tidak pernah tidur dan Allah melihat apa yang dilakukan oleh manusia, Walaupun orang yang tidur tidak melihat perbuatan kita tetapi Allah tetap melihat kita."



Apabila melihat lelaki itu berdiam diri, wanita itu menyambung kata-katanya,"saudara kita perlu takut kepada Allah."



Apabila mendengar kata-kata daripada wanita itu, lelaki itu terus meninggalkan wanita itu kerana takut kepada Allah. Apabila sampai dirumahnya , lelaki itu bertaubat pada Allah. Ditakdirkan selepas itu, lelaki itu pun meninggal dunia



Seorang lelaki yang tinggal sekampung dengan lelaki itu bermimpi bertemu dengan lelaki yang sudah meninggal dunia itu.

Dalam mimpi itu, dia bertanya kepada lelaki itu,"Bagaimanakah Allah mengampunkan dosamu?"



Lelaki yang sudah meninggal dunia itu pun menjawab,"Allah itu amat penyayang, Dia mengampunkan segala dosaku kerana sifat takutku kpada Allah, Saya juga sudah meninggalkan dosa yang hendak saya lakukan

No comments:

Post a Comment